09 Ogos, 2012

Olimpik 2012: (Terjun 10m) Raih tempat ke-2, Pandelela ke separuh akhir

LONDON 9 Ogos - Pandelela Rinong bermula dengan penuh bergaya dalam acara 10 meter platform wanita individu apabila meraih tempat kedua pada pusingan kelayakan.

Dia memungut 349.00 mata selepas lima terjunan dan akan beraksi pada separuh akhir pada pukul 5 petang ini.

Bagaimanapun, seorang lagi peserta, Traisy Vivien Tukiet gagal berada di kalangan 18 penerjun teratas apabila sekadar menamatkan cabaran di tempat ke-22 daripada 26 penerjun.


EmoticonEmoticon