10 Ogos, 2012

Olimpik 2012: (Terjun 10m) Pandelela sumbang gangsa untuk Malaysia!!!

Tahniah diucapkan kepada Pandelela Rinong, ratu terjun kebanggaan negara kerana telah berjaya menyumbangkan satu lagi pingat untuk Malaysia.

Pandelela telah berjaya menduduki tempat ketiga bagi acara terjun 10 meter platform pada acara akhir hari ini.

Pada pusingan awal, Pandelela dilihat jauh ketinggalan ditangga ke 10 dan kemudiannya persembahan beliau bertambah baik dan akhirnya berjaya berada ditempat ketiga.

Dengan kejayaan ini, Malaysia berjaya memungut satu lagi pingat di kejohanan Olimpik pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada Pandelela Rinong!

Emas berjaya dikutip oleh Chen Roulin dari China, dan pingat perak oleh Brittany Broben dari Australia.




EmoticonEmoticon