11 Ogos, 2012

Pandalela dedah 'jampi rahsia' sebelum terjun

SAMARAHAN – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg memiliki rahsia tersendiri sebelum meraih pingat gangsa Olimpik pertama negara apabila menyeru nama bapanya sebanyak tiga kali sebelum memulakan aksi bertaraf dunia malam kelmarin.

Perkara itu didedahkan oleh bapa Pandelela, Pamg Joheng, 46, yang meminta anaknya itu berbuat demikian bagi menghilangkan perasaan gemuruh ketika melakukan acara tersebut malam kelmarin.

Buruh binaan itu berkata, beliau bukan sahaja meminta anaknya berbuat demikian semasa kejohanan Olimpik bahkan di kejohanan-kejohanan besar lain sebelum ini.

“Saya minta dia seru nama saya sebelum terjun untuk menghilangkan rasa gemuruh dan dia buat betul-betul.

“Sebaik sahaja tamat saingan itu, sayalah merupakan bapa yang paling gembira di dunia kerana tidak sangka doa saya setiap masa dimakbulkan,” kata Pamg Joheng kepada Kosmo! di kediamannya di Taman Samarex di sini semalam.

1 comments so far

ibu bapa tulang belakang kejayaan. terus sukses.


EmoticonEmoticon