26 Ogos, 2012

Remaja diperk0sa dan dicabul berhari-hari setelah diberi dadah

Gambar hiasan
Seorang lelaki yang telah merogol dan mencabul seorang budak perempuan berusia 13 tahun setelah memberinya dadah dan alkohol dipenjara 8 tahun.

Rawad Bastawi didapati bersalah mencabul remaja bawah umur berhari-hari di sebuah alamat di Whitehawk, Brighton.

Lelaki berusia 31 tahun ini berjaya mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selama dua minggu perbicaraan berlangsung tetapi pihak juri telah mengambil keputusan menghukumnya dipenjara pada hari ini di mahkamah.

Bastawi yang tidak mempunyai alamat tetap telah ditahan pada Januari tahun ini dan didakwa atas kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun.
Rawad Bastawi

Beliau juga dituduh memperkosa seorang gadis berusia 15 tahun dan mencabul seorang remaja perempuan, 16, tetapi tidak cukup bukti untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Detektif Ed Downes telah mengetahui penyiasatan ini dan berkata: "Bastawi adalah seorang individu yang jijik dan teruk apabila mencabul kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh mangsa yang bermain dengannya berhari-hari apabila diberikan alkohol dan kanabis."

"Keadilan telah ditegakkan untuk mangsa-mangsa yang lain," katanya.



EmoticonEmoticon