08 Ogos, 2012

(Video) Aksi penerjun Jerman, Stephan Flack yang terkantoi ketika membuat terjunan...sakit ooo!!!

Ianya merupakan salah satu kenangan yang membuatkan penonton-penonton akan ingat sampai bila-bila.

Ianya juga peringatan kepada penerjun-penerjun bahawa acara terjun bukanlah hanya acara yang lemah lembut dan hebat tetapi juga amat berbahaya jika tersilap langkah.

Bertanding bagi acara papan anjal 3 meter di peringkat kelayakan pada malam Isnin lepas, penerjun dari Jerman, Stephan Feck telah cuba membuat terjunan 3 1/2 somersault pada terjunan kedua beliau.

Malang tidak berbau, kesilapan ketika berada diudara, kawalan kaki yang kurang sempurna mengakibatkan beliau mendarat di dalam air dengan belakang tubuhnya. Hakim lantas memberinya markah kosong!

Skroll ke bawah untuk video...

Ok...here we go...
Upps..something went wrong...
Mampuih!
Tawakal jer la..
Keceburrr...pergghh..confirm berbirat berlakang!
Pedih dengan keputusan tersebut (termasuklah kepedihan belakang badan yang menerjah ke air) beliau terus menarik diri dari acara tersebut.








EmoticonEmoticon