17 September, 2012

Foto-foto 'topless' Kate Middleton dari majalah Perancis, Closer

Peguam Putera William dan isterinya Catherine dijangka muncul di mahkamah Paris, Perancis esok untuk menghalang penerbitan susulan foto-foto kontroversi melibatkan pasangan itu.

Foto Kate tidak berpakaian telah pun diterbitkan oleh majalah Perancis, Closer dan akhbar Ireland, Daily Star. Sebuah majalah Itali juga dijangka menerbitkan foto berkenaan minggu ini.

Laporan BBC menyebut peguam mewakili pasangan itu juga mahu memohon mendapatkan ganti rugi.

Tindakan ini diumumkan ketika pasangan itu, yang berkahwin awal tahun lalu, tiba di Kepulauan Solomon hari ini, dari Kota Kinabalu, Sabah.

Laporan BBC juga menyebut pasangan tersebut kelihatan relaks dan riang ketika tiba di Kepulauan Solomon, sebahagian daripada lawatan sembilan hari sempena sambutan jubli intan Ratu Elizabeth II.

Tetapi, foto-foto Kate sebenarnya telah tersebar luar di dalam Internet. Berikut adalah foto-foto kontroversi yang dikatakan sebagai Kate tersebut.









EmoticonEmoticon