24 September, 2012

Keputusan EPL 23/09/2012 - Manc City-Arsenal seri, QPR tewas

Koscienly selamatkan Arsenal
MANCHESTER City yang awalnya mendahulu Arsenal 1-0, menamatkan persaingan dengan jaringan terikat manakala QPR pula tewas kepada Tottenham 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kedua-dua Manchester City dan QPR mendahului lawan masing-masing pada separuh masa pertama.

Gol Manchester City diperoleh menerusi Joleon Lescott pada minit 40. Laurent Koscielny menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82, membawa kepada kedudukan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

QPR yang mendahului menerusi gol pada minit ke-33, diatasi oleh Tottenham pada minit ke-60 dan 61.

Sementara pada itu, Demba Ba menjaringkan gol tunggal, pada minit ke-19, dalam pertemuan membabitkan Newcastle dan Norwich. Newcastle menang 1-0.

Keputusan keseluruhan
Liverpool 1 - 2 Man Utd

Newcastle 1 - 0 Norwich

Man City 1 - 1 Arsenal

Tottenham 2 - 1 QPR


EmoticonEmoticon