19 September, 2012

Piala AFC: Kelantan dibelasah 1-5

PERTEMBUNGAN suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) antara Kelantan dengan Arbil FC nyata sengit apabila masing-masing kini terikat seri 1-1 dalam perlawanan separuh masa pertama di Stadium Francouse Al-Hareeri.

Perlawanan yang jelas didominasi Arbil FC sepanjang babak pertama memperlihatkan pelbagai serangan dan percubaan dilakukan anak buah Nizar Mahrous.

Namun begitu, Shakir Ali hampir menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan tetapi sepakannya sekadar melewati palang gol pada babak awal perlawanan.

Mula menemui rentak, Arbil FC mula mengatur permainan dengan melakukan asakan demi asakan ke gawang lawan.

Pasukan tuan rumah berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila pemain nombor 12 menjaringkan gol pertama setelah menewaskan penjaga gol Malaysia, Mohd Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-38.

Tersentak dengan jaringan pasukan pelawat, Kelantan mengatur strategik dengan melakukan serangan ke gawang lawan.

Kesilapan yang dilakukan pasukan tuan rumah menjatuhkan pemain Kelantan di dalam kotak penalti akhirnya memberi peluang kepada anak buah Bojan Hodak menjaringkan mata penyamaan.

Suasana stadium yang pada mulanya riuh senyap seketika apabila Mohd Badhri Mohd Radzi berjaya menggegar jaring Arbil FC pada minit ke-42 menerusi sepakan penalti.


EmoticonEmoticon