25 November, 2012

AFF Suzuki 2012: (Video Jaringan) Thailand tewaskan Filipina 2-1

Thailand menang Filipina 2-1 dalam pertembungan Kumpulan A Piala AFF Suzuki pada hari Sabtu di Stadium Rajamangala.

Jakkapan Pornsai berjaya menjaringkan gol pembukaan hasil hantaran Theerathon Bunmathan pada minit ke 39 dan Anucha Kitpongsri menambah pada jaringan dari hantaran Teerasil Dangda.

Paul Mulders berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke 77 setelah menerima hantaran Patrick Reichelt tetapi keputusan kekal hingga minit terakhir.

Pasukan Filipina mula dengan mengejutkan Thailand apabila melancarkan serangan bertubi-tubi dalam detik pembukaan hasil usaha Phil Younghusband di sayap kiri. Penyerang Loyola yang berusia 25 tahun itu turut dikasari oleh pemain pertahanan Cholratit Jantakam namun tidak diperhatikan oleh para pengadil.

Percubaan pertama dari pemain tengah Thailand Datsakoran Thonglao disia-siakan setelah gagal diterima oleh Jantakam dalam kotak penalti pada minit ke 16.

Hujan lebat menjadi cabaran bagi pasukan pelawat mengawali bola di atas padang.

Minit ke 25 menunjukkan gerakan hebat dari Anucha Kitpongsori yang mengelecek bola masuk kotak penalti untuk diberikan kepada Datsakorn Thonglao namun tendangan beliau tersasar.

Jurulatih Rinfred Scaffer kelihatan berang dengan padang yang bertambah licin sekaligus menjejaskan prestasi pasukan. Thailand mengambil kesempatan untuk menguasai perlawanan malah pasukan Filipina kelihatan terkial-kial untuk bermain di atas padang basah.

Gol pembukaan tirai tiba apabila Jakkapan Pornsai menyempurnakan hantaran pemain pertahanan Bunmathan untuk melulusi penjaga gawang Eduard Sacapano pada minit ke 39 diikuti gol kedua berturut-turut oleh Anucha Kiponsi pada tiga minit kemudian.

Babak kedua bermula dengan penggantian bagi pasukan pelawat: Philip Younghusband digantikan oleh Marwin Angeles.

Kad kuning dilayangkan kepada Paul Mulders setelah mengasari Janthakam pada minit ke 50 sebelum dilayangkan lagi kepada Phichitphong Choeichiu.

Paul Mulders turut mengekalkan harapan tipis untuk pasukan pelawat dengan jaringan gol beliau pada minit ke 77 setelah menerima umpanan pemain tengah Patrick Reichelt di bek kiri.

Setelah Datsakorang Thonglao dibawa keluar padang akibat kecederaan, Filipina kelihatan lebih berbisa untuk menyamakan kedudukan. Dua penggantian seterusnya untuk pasukan Thailand: Nataporn Phanrit mengambil alih tempat Piyaol Bantao dan Arthit Sunthornphit untuk tempat Anucha Kitpongsri pada minit terakhir.

Empat minit ditambahkan namun tidak berbaloi setelah pasukan tuan rumah memungut tiga mata pada akhir perlawanan.

Thailand telah meraih tempat utama dalam Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar sementara Filipina bakal menentang Vietnam pada hari Selasa.


EmoticonEmoticon