18 November, 2012

Man City, Arsenal menang besar, Man U, Chelsea 'bungkus' ditempat lawan

MANCHESTER City berjaya memintas Manchester United (MU) dan mengungguli takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila meraih kemenangan besar ke atas Aston Villa di Stadium Etihad sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung itu, City mengatasi Aston 5-0.

Menerusi kemenangan itu, City mengumpul 28 mata hasil 12 perlawanan setakat ini, meninggalkan MU yang meraih 27 mata selepas mengharungi 12 perlawanan.

Dalam perlawanan itu, City mendahului Aston apabila gol The Citizens disumbangkan oleh David Silva pada minit ke-43.

Selepas itu, rembatan Sergio Aguero berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-54, sebelum disusuli gol ketiga Carlos Tevez pada minit ke-65 untuk memberikan kedudukan selesa 3-0 kepada City.

City terus berpesta gol apabila Aguero sekali lagi menjaringkan gol keempat buat Chelsea sebelum Tevez menghadiahkan kemenangan besar 5-0 buat mereka pada minit ke-74.

Dalam pada itu, Chelsea pula sekali lagi gagal untuk merapatkan jurang mata apabila tewas kepada West Bromwich 1-2 di Stadium The Hawthorns.

Pada perlawanan yang berlangsung tengah malam tadi (waktu Malaysia), Shane Long meletakkan pasukan tuan rumah di depan hasil jaringan awal minit ke-10, tetapi pasukan pelawat menerima gol persamaan menerusi Eden Hazard pada minit ke-39.

West Brom yang banyak mengasak pihak lawan terus mencipta jaringan apabila Peter Odemwingie menyumbat gol kedua pada minit ke-51, sekali gus membantu pasukanny meraih tiga mata penuh.

Dengan keputusan itu, Chelsea kekal di tangga ketiga dengan 24 mata.

Turut memperoleh kemenangan ialah Arsenal dan Liverpool.


Berikut keputusan tujuh perlawanan semalam (waktu Malaysia)

Arsenal (5) -Tottenham Hotspur (2)

Liverpool (3) - Wigan Athletic (0)

Manchester City (5) - Aston Villan (0)

Newcastle United (1) - Swansea City (2)

Queens Park Rangers (QPR) (1) - Southampton (3)

Reading (2) - Everton (1)

West Bromwich (2) - Chelsea (1)

Nowrwich (1) - Mancehster United (0)


EmoticonEmoticon