22 November, 2012

Padahnya bila PR bergerak secara haram tanpa arah tujuan yang dipersetujui bersama

Sana sini kalut ribut para pemimpin pembangkang bercerita yang si polan ini lebih layak menjadi Perdana Menteri manakala si polan itu pula mendakwa dirinya paling sesuai dilantik ke jawatan tersebut.

Selama ini penyokong pembangkang sebulat hati mempertaruhkan batang tubuh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim selaku calon PM sekiranya PRU 13 memihak pada PR sebagaimana telah dipersetujui bersama oleh pemimpin tertinggi pembangkang.

Nah sekarang ambik engkau, tiba-tiba sahaja timbul cadangan yang datangnya dari Dewan Ulama PAS dan disokong pula oleh para perwakilan serta Ketua Dewan Pemuda PAS sendiri untuk melantik Presiden PAS, Hadi Awang sebagai PM.

Kata mereka, Hadi mempunyai cukup pengalaman, pengetahuan dan sudah terbukti kredibilitinya. Tersiratnya, mereka nak penyokong PKR faham yang Anwar tidak memiliki semua yang disebutkan itu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula tangkas tampil menyalahkan pihak media sebagai punca timbulnya polemik ini. Katanya, “isu ini ditimbulkan TV3 dan Utusan Malaysia yang mahu melagakan Pakatan Rakyat. Kita tidak terperangkap dengan perangkap yang dipasang.”

Nampak sangat pemimpin kanan PKR yang pernah dikaitkan dengan ‘urusan jual beli aiskrim berperisa jamban’ ini cukup pantang kalau ada orang mempertikaikan kelayakan dan kredibiliti bosnya. Asyik terperuk dalam ‘jamban’ agaknya, itu yang hujung pangkal punca isu gagal dicerna dengan baik.

Balik-balik media yang dipersalahkan. Kalau bukan media, dia akan pi balun menyalahkan UMNO. Sama saja perangai macam Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang memberi bayangan bahawa UMNO telah murtad, bila isu menjadi hangat terus menyalahkan media. Spastik sungguh.

Sebetulnya, semua haru biru yang terjadi ini disebabkan pakatan pembangkang walaupun tidur sebantal tapi mimpinya lain-lain.

Boleh juga diumpamakan macam pasangan gay boy yang bertahun-tahun mengamalkan seks luar tabie bermain pedang sama sendiri sambil mengharapkan bila termengandung akan lahirlah seorang anak lelaki.

Nak tunggu besar memboyot dek kerana mengandung sama macam tunggu kambing jamnapri peliharaan Husam yang mati kehausan hidup kembali, benda yang takkan berlaku tapi sudah sibuk duk berkekah nak letak nama Hadi atau Anwar.

Pokok pangkal permasalahan utama ialah PR itu sendiri hanyalah gabungan longgar yang melibatkan kerjasama 3 parti pembangkang utama, iaitu DAP, PKR dan PAS yang sehingga kini masih bergerak secara haram tanpa sebarang pendaftaran rasmi.

Dulu, sewaktu Zaid Ibrahim bersama PKR, usaha mendaftarkannya pernah diusahakan dan segala urusan dokumentasi serta merangka perlembagaan diserahkan kepada bekas calon PKR di PRK Hulu Selangor itu.

Tapi bila Zaid keluar PKR semua urusannya terbengkalai tanpa sebarang usaha meneruskan kesinambungan, hasilnya sekarang bila timbul polemik siapa calon sebenar PR bagi jawatan PM, alih-alih UMNO dan pihak media pula dipersalahkan.

Kerjasama yang hanya berpaksikan titik temu berkongsi musuh yang sama, sedangkan setiap parti memasang angan-angan yang berlainan. Ini padahnya bila bergerak secara haram dan tujuan perjuangan tidak genuine untuk kepentingan rakyat.

HackerXP@mykmu

1 comments so far


EmoticonEmoticon