22 November, 2012

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus penuh dengan percanggahan fakta...

Berikutan dari kecaman peminat-peminat beliau di internet, makan Ustaz Azhar Idurs cuba mengambil langkah membuat pecerahan. Namun begitu, ianya masih bercanggah dengan pengakuan yang dibuat pada awalnya.

Adakah UAI terlalu tergesa-gesa cuba menutup kesalahannya atau cuba berlakon 'cool' dengan peminat-peminatnya? Entahlah, kami pun kurang pasti.

Boleh cuba baca di bawah ini..

MiM telah menulis entri tentang isu Ustaz Azhar Idrus dan foto beliau yang didakwa sedang menjamu selera di Mc Donald. KLIK SINI

Sebelum ini Azhar Idrus telah menjawab beliau tidak makan di Mc Donalds tetapi bersebelahan dengan kedai makanan segera itu. Beliau juga berkata foto tersebut di ambil di Johor dan bukannya di Kota Baru.

Selain daripada itu, Azhar Idrus juga mengatakan gelas beliau diisi dengan air nescafe yang dibeli oleh rakan beliau dari kedai sebelah. Itu jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Isu ini sangat panas, bukan sahaja dalam blog ini tetapi blog-blog lain, twitter dan juga Facebook. Malah, MiM menerima banyak komentar tentang entri Azhar Idrus ini.

Ada yang menanyakan rasional isu Azhar Idrus diketengahkan kerana beliau dan keluarga hanya makan sahaja. Tak salah, kata mereka.

Ada juga di antara pembaca MiM yang mempersoalkan kesahihan lokasi yang dijelaskan oleh Azhar Idrus iaitu di Johor.

Mereka mengatakan bahawa lokasi foto tersebut adalah di Mahkota Parade, Melaka! 

Malah, satu perkara yang peculiar dalam foto tersebut ialah nama kedai (rujuk bulatan dalam foto di atas). Ianya seperti singkatan 'Famosa Time', kedai jam tangan yang terdapat di Melaka.

Yang menarik juga adalah foto di bawah yang dihantar oleh pembaca MiM yang menunjukkan interior design Mc Donalds di Mahkota Parade, Melaka. Ada persamaan?



Dan yang paling menarik sekali ialah pelan tingkat bawah Mahkota Parade, Melaka yang menunjukkan lokasi Mc Donalds, 'kedai sebelah' KFC, Poh Kong dan Famosa Time! 

Anda lihat lokasi Mc Donalds di hadapan Poh Kong dan Famosa Time. Ada persamaan? 

Sebagai seorang public figure, MiM menghormati Ustaz Azhar Idrus. Tetapi dalam masa yang sama, kita semua hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.

Dan jika merujuk kepada foto dan pelan-pelan yang ditunjukkan di atas, MiM sarankan Ustaz Azhar Idrus supaya mengeluarkan satu lagi kenyataan tentang perkara ini. Johor atau Melaka? Dan kedai tersebut?

Itu yang penting.
Dr MiM


EmoticonEmoticon