28 November, 2012

Piala AFF 2012: Harimau Malaya belasah Laos 4-1

Yeah! Akhirnya Harimau Malaya kecapi juga kemenangan pertama selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan termasuklah kekalahan dalam peringkat kumpulan di Piala AFF Suzuki 2012 ini.

Mendahului pada pertengahan permainan dengan jaringan pertama oleh Safiq Rahim, Malaysia tersentak apabila Laos menyamakan kedudukan dihujung babak pertama.

Rasanya lepas kena maki seround dua dek King Gobal, rentak Harimau Malaya kembali bertenaga dengan menjaringkan tiga lagi gol menerusi, Wan Zack Haikal, Safee Sali dan Khairil Muhymeen.

Malaysia kini mempunyai tiga mata dibelakang Singapura kerana perbezaan bolos. Indonesia ditempat pertama dengan empat mata, manakala Laos satu mata.

1 comments so far

laos bukan kampongan kalau garuda hampir patah sayapnya


EmoticonEmoticon