25 November, 2012

Piala AFF 2012: Laos seri dengan Indonesia 2-2

Laos mengejutkan Indonesia dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang sengit dalam Piala AFF Suzuki Kumpulan B di Stadium Bukit Jalil pada hari Ahad.

Penjaga gol Indonesia Endra Prasetya dibuang padang sebelum Khampheng Sayavutthi membuka tirai pada minit ke 29 hasil tendangan penalti.

Penyerang Laos Sopa Saysana kemudian dibuang padang setelah mengasari Andik Vermansyah pada minit ke 33 dan Raphael Maitimo menyamakan kedudukan dua minit sebelum masa rehat.

Keoviengphet Liththideth mengekalkan kelebihan gol pada minit ke 79 daripada hantaran Soukaphone Vongchiengkham tetapi pemain gantian Fendry Mofu menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan.

Pasukan Indonesia yang tidak pernah kalah perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki sejak tahun 1996 memulakan perlawanan sebagai pilihan kegemaran tetapi dikejutkan pasukan Laos yang bersemangat.

Khampheng telah menyerang dari sayap kiri dan menggelecek bola ke adalam kotak tetapi sepakannya pada minit pertama perlawanan tersasar.

Irfan Bachdim penyerang bintang Indonesia hampir-hampir membuka tirai pada minit ke tujuh hasil usaha Andik Vermansyah yang melepasi penanda beliau dari sayap kanan sebelum memberi hantaran tepat tetapi percubaan Irfan terlalu tingi.

Tiga minit kemudian, kedua-dua pemain Indonesia itu mengulangi gerakan dari posisi yang sama tetapi rembatan Irfan kini terlalu luas.

Laos bertindak dengan gerakan serangan di sayap kiri tetapi dihalang penjaga gol Endra yang melancarkan serangan balas dengan hantaran kepada Irfan tetapi penjaga gol Laos Sengphachan Bounthisanh menghalangnya dengan baik.

Malangnya, Endra dilayangkan kad merah pada minit ke 26 apabila mengasari gerakan Khampheng dan Wahyu Tri Nugroho terpaksa menggantikan Oktovianus Maniani sebagai pengganti penjaga gol Indonesia.

Khampheng menyempurnakan tendangan penalti beliau dengan senang tetapi rakan sepasukannya Sopa Saysana dilayangkan kad merah lima minit kemudian akibat mengasari Andik Vermansyah.

Pasukan Garuda mengambil kesempatan dan menyamakan kedudukan melalui tandukan Raphael Maitimo pada minit ke 43 setelah percubaan Bambang terkena tiang.

Babak dua bermula dengan aksi padat kedua-dua pasukan yang menyebabkan tiga pemain dilayangkan kad kuning sebelum Laos meningkatkan prestasi dan menjaringkan gol melalui Keoviengphet Liththideth.

Keoviengphet telah merampas bola dari kesilapan penjaga gol Wahyu sebelum melepasi penanda dan menyepak masuk bola pada minit ke 79.

Pemain gantian Fendry muncul pada minit terakhir perlawanan dan menyepak masuk percubaan Andik setelah penjaga goal Laos menepisnya keluar.

Keputusan kekal 2-2 hingga wisel penamat.

Indonesia: Endra Prasetya, Raphael Maitimo, Handi Ramdhan (Fachruddin Aryanto 71') , Wahyu Wijiastanto, Novan Setyo Sasongko, Andik Vermansah, Tonnie Cusell, Muhammad Taufiq, Oktovianus Maniani (Wahyu Tri Nugroho 29'), Irfan Bachdim, Bambang Pamungkas (Vendry Mofu 65').

Laos: Sengphachan Bounthisanh, Phattana Syvilay, Ketsada Souksavanh, Khampoumy Hanevilay, Kovanh Namthavixay, Viengsavanh Sayyaboun (Kanlaya Sysomvang 88'), Soukaphone Vongchiengkam, Sopha Saysana, Visay Phaphouvanin (Khonesavanh Sihavong 73'), Vilayout Sayyabounsou (Keoviengpheht Lithideth 32'), Khampheng Sayavutthi.


EmoticonEmoticon