23 November, 2012

Piala AFF 2012: Senarai 22 pemain Malaysia Piala AFF Suzuki 2012

KETUA Jurulatih Harimau Malaya hari ini mengumumkan senarai lengkap 22 pemain untuk saingan Piala AFF Suzuki yang akan bermula 24 November (Kumpulan A) dan 25 November (Kumpulan B).

Seperti yang dijangkakan, dua penjaga gol utama Harimau Malaya, Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat dikekalkan dalam pasukan manakala penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi telah digugurkan dari skuad kebangsaan Malaysia itu.

Selain Izham, pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Irwan Fadzli Idrus turut tidak disenaraikan dalam pasukan.

Zaquan Adha yang mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada Selasa lepas terpaksa digugurkan dan tempatnya telah digantikan dengan Azamuddin Akil yang dipanggil semula mengukuhkan pasukan.
Senarai penuh 22 pemain Malaysia @ Harimau Malaya Piala AFF 2012:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias.

Pertahanan: Zubir Azmi, Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan.

Pemain tengah: Baddrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, S Kunanlan, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Gary Steven Robbat, Amar Rohidan.

Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen, Fakri Saarani, Ahmad Hazwan Bakri.


EmoticonEmoticon