08 Disember, 2012

Keluarga Aminulrasyid mahu Jenain bersemuka...tak puas hati lagi!

*Mana la polis tahu anak makcik tu tak ada lesen. Kalau dah bawak kereta macam penyamun, orang anggap penyamun la. 

Bukannya polis nak bertegur sapa dulu kot kalau dah terhoyong hayang bawa kenderaan...

Kakanya yang pinjamkan kereta tu mau kena siasat juga, pasal apa bagi pinjam kereta sedangkan tahu adiknya tak berlesen.

Terima ajalah takdir Allah...



SHAH ALAM: Ahli keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati Korporal Jenain Subi dua tahun lalu, agar bersemuka dengan mereka untuk menceritakan insiden sebenar yang berlaku pada malam kejadian.

“Kami (ahli keluarga) mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu kami kerana kami ingin mendengar cerita sebenar dari mulutnya sendiri.

“Kami juga ingin tahu mengapa beliau tergamak bertindak begitu,” kata Aisyah Amzah kakak kepada Aminulrasyid.

Sementara itu ibunya, Norsiah Mohamad pula memohon agar kertas siasatan dapat dibuka semula demi membersihkan nama arwah anaknya.

Menyifatkan keputusan mahkamah yang baru-baru ini melepaskan Jenain daripada tuduhan tersebut sebagai mengejutkan, Norsiah nyata terkilan dengan keputusan itu yang seolah-olah meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap anaknya.

“Saya minta siasatan dibuka semula (kerana) terlalu mudah bagi (mahkamah untuk membuat) keputusan mengejutkan. Seolah-olah anak saya 100 peratus bersalah. Kesalahannya hanya (memandu) tanpa lesen, tapi mati kena tembakan.

“21 das tembakan dikeluarkan..lima das di cermin belakang. Saya tidak boleh terima..terlalu kecewa sangat,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa keputusan untuk membebaskan Jenain seolah-olah menggambarkan bahawa pihak berkuasa diberikan kebenaran untuk membunuh dengan sewenang-wenangnya.

“Saya rasa ramai yang telah melahirkan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah yang melepaskan Koperal Jenain atas alasan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh Aminulrasyid dan hanya menjalankan tugasnya dan meletakkan kesalahan itu 100 peratus ke atas almarhum Aminulrasyid yang tidak mampu untuk membela diri.

“Logik yang seperti itu amat mengejutkan di mana seolah-olah kita memberikan lesen untuk membunuh kepada pihak polis dengan sewenang-wenangnya walaupun dalam kes yang kecil,” katanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu

1 comments so far

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000


EmoticonEmoticon