08 Disember, 2012

Piala AFF 2012: Filipina-Singapura seri

IMPIAN pasukan Filipina membawa bekalan selesa ke perlawanan timbal balik separuh akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2012 Rabu ini tidak kesampaian apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila sebentar tadi.

Dalam aksi penuh sengit itu, menyaksikan skuad Hans Michael Wiess tenggelam di laman sendiri.

Pasukan pelawat ternyata lebih menguasai perlawanan seawal minit pertama permainan.

Juara tiga kali, Singapura nyata beraksi garang apabila cubaan penyerang pasukan itu hampir membolosi gawang lawan pada minit ke-17, namun berjaya dikekang oleh pertahanan Filipina.

Pada minit ke-25, Singapura sekali lagi hampir menjaringkan gol menerusi Duric, tetapi pertahanan kental pasukan tuan rumah berjaya mengekang asakan pelawat.

Susulan serangan tersebut, Filipina mula melakukan asakan pada minit ke-30. Kawalan bola yang tidak kemas berjaya dikeluarkan oleh pertahanan Singapura.

Pada babak kedua, Filipina mempertingkatkan usaha dalam memburu gol manakala pasukan pelawat pula banyak berkubu di kawasan sendiri mengawal asakan Filipina sehingga ke wisel penamat.

Selepas ini, Singapura akan menerima kunjungan Filipina di Stadium Jalan Besar 12 Disember ini.


EmoticonEmoticon