01 Disember, 2012

Piala AFF 2012: Malaysia mara separuh akhir, tewaskan Indonesia 2-0

Tahniah Harimau Malaya, anak-anak buah King Gobal mengganas malam ini dengan menewaskan Sang Garuda dengan jaringan 2-0.

Bermula dengan agak perlahan, Malaysia kemudian menemui rentak dengan mendahului Belanda...eh..Indonesia pada minit awal separuh masa kedua melalui Azamuddin Akil.

Gol kedua kemudiannya disusuli oleh gerakan menarik oleh Wan Zack dan Mahali. Mahali kemudiaanya menjadikan Malaysia dua Belanda...eh Indonesia 0.

Ini menjadikan Malaysia juara kumpulan B dan akan bertemu Thailand di separuh akhir.

* Maaflah, kami konfius dengan pasukan yang banyak pemain Belanda ni...




2 comments

Tahniah Harimau Malaya.....anda sememangnya wira di hati kami....TANAH TUMPAHNYA DARAHKU......

Games yg pnoh debaran. Congratz for them anyway. Moga dipermudah perrjalanan mnuju kejayaan. Aminnnn


EmoticonEmoticon