19 Disember, 2012

Ranking Harimau Malaya mencanak lima anak tangga

KUALA LUMPUR - Kekalahan secara agregat 1-3 skuad Harimau Malaya kepada Thailand pada separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 baru-baru ini tidak menjejaskan kedudukan pasukan kebangsaan dalam peta bola sepak dunia.

Berdasarkan senarai ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal itu naik lima anak tangga, daripada kedudukan ke-163 dunia bulan lepas ke posisi 158.

Sebelum ini, skuad negara berada di tangga ke-148 dunia pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos), 156 (September) dan 162 pada Oktober.

Berikutan ranking terkini itu, skuad Harimau Malaya setanding dengan pasukan seperti Kepulauan Solomon (150), Aruba (151), Kepulauan Faroe (153) dan Bermuda (157).

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia jatuh satu anak tangga ke kedudukan keenam di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156).

Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga pada kedudukan ke-26 daripada 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012 Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,606 mata.

Jerman dan Argentina turut mengekalkan kedudukan selaku pasukan kedua dan ketiga terbaik dunia apabila masing-masing mengutip 1,437 dan 1,290 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 buah negara.- Bernama

1 comments so far

Ranking naik berdasarkan perlawanan dalam pertandingan, bukannya perlawanan persahabatan. Kalau nak cepat naik ranking kena buat banyak perlawanan dengan negara lemah macam Timor-timur, Papua New Guinea, Sri Lanka dan sewaktu dengannya. hehehe

Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang


EmoticonEmoticon