23 Disember, 2012

Sedikit demi sedikit perjuangan hudud PAS kian dipinggirkan ahlinya sendiri

ALOR SETAR – Pas Kedah menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan berkaitan pelaksanaan hudud di negara ini meskipun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kian hampir.

Lajnah Penerangan, Dakwah dan Media Baru Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas beranggapan bahawa ia tidak perlu diadakan walaupun perjuangan Pas adalah untuk menegakkan syiar Islam.

Katanya, sejak penubuhan Pas pada tahun 1951, perjuangan parti itu adalah untuk melaksanakan hukum-hukum Islam secara menyeluruh.

“Kita mungkin akan adakan beberapa perhimpunan lain selepas ini di Kedah, tapi kita tidak mungkin adakan perhimpunan hudud.

“Kalau kita nak adakan himpunan hudud, maka kita perlu adakan juga himpunan-himpunan solat, puasa dan sebagainya.

“Bagaimanapun, himpunan hudud ini bukan tidak penting, tapi perjuangan tentang hudud telah pun kita adakan melalui ceramah-ceramah, kuliah dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, walaupun Pas mendapat kritikan hebat daripada pihak-pihak tertentu mengenai hudud, tapi Pas tetap dengan pendirian Pas.

“Tidak semestinya kalau kita memperjuangkan hukum-hukum Islam kita kena laksana himpunan hudud.

“Kita adakan beberapa himpunan sebelum ini adalah untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan isu-isu yang sedang berbangkit. Kita nak beri penjelasan yang sebenar kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kritikan sebelum ini bahawa Pas sanggup ke depan untuk memperjuangkan pelbagai isu, tetapi tidak pula berhimpun memperjuangkan isu dasar parti itu iaitu Islam termasuklah isu hudud.

Kronologi program himpunan Pas Kedah

9 Januari 2010 Himpunan sukarelawan pemuda Pas di markas Pas cawangan Pekan Kodiang, Jitra.

19 Februari 2012 Himpunan 30K Pemuda Pas di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

12 Mei 2012 Himpunan jentera Pilihan Raya Pas Kedah di Stadium Mini Bandaran, Guar Chempedak.

1 Jun 2012 Himpunan hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

5 Disember 2012 Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Dun Kubang Rotan di dewan Sekolah Menengah (Persendirian) Keat Hwa, Alor Setar.

7 Disember 2012 Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.


EmoticonEmoticon