11 Disember, 2012

(Video) Lebih HOT dari Sazali...Lilian Tan, atlet bina badan WANITA Malaysia

Nama Lilian Tan mungkin asing bagi kita tetapi tidak di Amerika Syarikat…terutama bagi mereka yang meminati dunia bina badan.

Baru-baru ini bersama jaguh bina badan negara, Sazali Samad, Lilian mewakili Malaysia pada Kejohanan Dunia di Bangkok, Thailand.

Lilian, 40, bekas pelajar Sekolah Menengah Perempuan St. George, Pulau Pinang kembali ke tanah air tiga tahun lepas setelah berbelas tahun berada di Amerika Syarikat.

” Sebelum ini saya mewakili sukan renang di sekolah sehinggalah melanjutkan pelajaran di luar negara.

” Suatu hari tu saya singgah di sebuah gimnasium kerana kebetulan ketika itu kolam renang tempat saya berlatih sedang diperbaiki.

” Bila saja saya mengangkat ‘dumbell’, saya dapat rasakan yang tubuh saya boleh menyesuaikan diri dengannya…sejak itu saya tidak berpaling lagi,” katanya dalam sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini.

Lilian pertama kami memasuki kejohanan bina badan di pertandingan Miss San Diego pada tahun 2001 di mana dia memenanginya pada tahun berikutnya.

Dari situ, namanya mula harum sehinggalah berjaya mendapat ‘pro card’ International Natural Bodybuilding Association (INBA).

Lilian kemudian terpilih mewakili Amerika Syarikat di INBA Natural Olympia 2004 di mana dia mendapat tempat ketiga.
Namun cintanya pada tanah air tidak pernah padam.

Lilian bernasib baik kerana kekasihnya yang juga salah seorang ahli bina badan negara, Terry Gallyot berjaya membantu Lilian merealisasikan hasratnya untuk mewakili Malaysia.

” Dia minta saya pulang dan mengahwininya! Jadi saya pulang ke Pulau Pinang pada bulan Julai 2009 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.”

Lilian dan Tan dijangka melansungkan perkahwinan mereka pada tahun hadapan

” Terry banyak memberikan saya tips semasa bertanding. Dia sentiasa menemani saya bila menyertai mana-mana kejohanan bina badan, dalam erti kata lain saya mendapat sokongan yang penuh darinya,” kata Lilian.

Walaupun sedang bertarung dengan kesakitan akibat kecederaan di sikunya, Lilian berkata dia gembira dengan latihan yang dilaluinya.

” Seseorang ahli bina badan memerlukan masa untuk membolehkan otot mereka ‘matang’. Ketika ini saya senang dengan latihan yang sama terima dan saya jangka saya boleh pergi lebih jauh beberapa tahun lagi,” katanya dengan penuh keyakinan.

Lilian yang juga seorang jurulatih bebas boleh dihubungi melalui e-mel di tgrwmn1@hotmail.com.
- Mynewshub.my

[Advertorial]

They say breakfast is the most important meal of the day, and KFC has just the thing to fit the bill!

Meet the KFC a.m. Multigrain. It’s a wholesome breakfast with tender, juicy O.R. fillet, crispy chicken strips, fluffy golden scrambled eggs, creamy mayonnaise and fresh lettuce, all sandwiched in between a warm, wholesome multigrain bun!

Start your day right with the KFC a.m. Multigrain. So wholesome; so awesome

Gotta fuel up with the perfect breakfast from KFC. The new #KFCam Multigrain is awesome, it’s a must-try! 


EmoticonEmoticon