13 Januari, 2013

Himpunan Shamsidar 112 tebus dosa himpunan LGBT Bersih 3.0

Umum maklum himpunan LGBT Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga tahun lalu berakhir dengan kecelakaan gara-gara dihijacked anwar Ibrahim.

Perhimpunan tersebut menolak tempat yang ditawarkan pihak berkuasa iaitu stadium agar senang dikawal dan tidak menyusahkan sesiapa.

Namun ia ditolak oleh penganjur LGBT Bersih yang ingin membawa perhimpunan itu ke jalan-jalan raya  mensasarkan orang awam, pemandu teksi dan kawasan peniaga melayu terutamanya.

Himpunan Bersih 3.0 berakhir dengan tragedi dan kemusnahan harta benda, sampah sarap, serangan ke atas wartawan dan polis hingga sebuah kereta polis di terbalikkan dan seterusnya pihak peniaga membalas dendam dengan berhimpun di kediaman Ambiga selama beberapa hari.

Semuanya gara-gara mahu berdemo di atas jalan dan paling menarik, faktor anwar yang terkenal hingga ke media asing yang dinamakan sebagai isyarat tangan anwar.

Isyarat tangan anwar ini di rakam lensa kamera menunjukkan beliau mengarahkan provokasi terhadap polis dia menyuruh merempuh halangan yang dibina polis berakhir dengan keadaan kacau bilau huru hara seperti biasa anwar cabut lari dulu.

LGBT Bersih 3.0 bukan sahaja gagal malahan turut menerima kritikan dari rakan-rakan mereka sendiri dari luar dan dalam negara berakhir dengan kemaluan yang besar kepada anwar dan rakan-rakan.

Walaubagaimanapun kerana tidak mahu kalah propaganda diteruskan selepas perhimpunan Bersih 3.0 dengan drama inkuiri oleh suhakam dengan pelbagai soalan cuma soalan pokok sahaja ditinggalkan iaitu 'why are they there in the first place?' sedangkan pihak berkuasa menawarkan stadium untuk mereka berhimpun? menghampakan segala inkuiri suhakam sebelumnya.

Akhir sekali apabila perhimpunana Shamsidar 112 dirancang, pihak pembangkang sepertinya sudah menyedari dan mengakui kesalahan mereka di himpunan LGBT Bersih 3.0 dahulu lalu memilih untuk berhimpun di stadium tanpa banyak bicara, buahnya, tiada kekacaun, gas pemedih mata, semburan air, pengusaha teksi dan peniaga Melayu yang kerugian.

Tahniah kepada polis kerana menjalankan tugas dengan baik dan penganjur perhimpunan Shamsidar 112 kerana bertindak waras menebus kesalahan mereka kali ini.

Junah


EmoticonEmoticon