09 Januari, 2013

Liga Super 2013: Keputusan penuh perlawanan sulung

SELANGOR memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila berjaya menewaskan Negeri Sembilan 1-0 dalam perlawanan sulung Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Pada perlawanan tadi, Negeri Sembilan berpeluang memulakan jaringan awal apabila pemainnya yang melakukan tendangan jarak jauh hampir membolosi gawang, namun berjaya ditumbuk keluar oleh penjaga gol, Selangor.

Selang satu minit kemudiaan, Selangor pula hampir mendahului lawan, pun begitu percubaan lemah menerusi Forkey Doe gagal menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan.

Pada minit ke-22, Selangor sekali lagi hampir berada didepan. Percubaan Amri Yahya berjaya dikekang oleh pertahanan pelawat.

Tertekan dengan asakan bertali arus pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan melancarkan serangan. pasukan pelawat hampir menjaringkan gol, tetapi Endy Helmi yang mempunyai peluang di depan gol gagal melaksanakn dengan baik.

Memasuki babak kedua, Selangor mula memperkemaskan jentera serangan. Dan akhirnya penantian tuan rumah tiba apabila S.Kunalan meledak gol sekali gus memberikan pasukannya meraih tiga mata dalam perlawanan pembukaan malam ini.

Sementara itu, impian Johor Darul Takzim untuk memperoleh kemenangan sulung tidak menjadi kenyataan apabila tewas 2-3 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur.

Meskipun mendahului lawan 2-0 pada separuh masa pertama menerusi Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha, namun kelekaan benteng pertahanan akhirnya mengundang padah apabila Pahang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi Fauzi Roslan.

Keghairahan Pahang mencari gol terus tertunai apabila S.Surendran meledak gol ketiga sekali gus membantu pasukannya meraih tiga mata.

Di Stadium Lumut pula, Perak turut memulakan saingan dengan langkah kanan apabila menewaskan T-Team 1-0.

Pada perlawanan sebelah petang yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pasukan Terengganu hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Felda United.

Berikut keputusan penuh perlawanan sulung Liga Super yang berlangsung malam ini:

Selangor (1) (0) N.Sembilan

Johor Darul Takzim (2) (3) Pahang

Perak (1) (0) T-Team

Terengganu (1) (1) Felda United


EmoticonEmoticon