26 Januari, 2013

Penyerang sensasi bola sepak ditahan atas dakwaan rogol

PENYERANG Newcastle United, Nil Ranger ditahan polis kerana disyaki merogol di sebuah hotel pada Rabu dan Khamis lalu.

Mengikut sumber, pemain bola dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berusia 21 tahun itu ditangkap oleh polis Northumbria ekoran dakwaan dibuat oleh seorang wanita yang dia telah diserang di sebuah hotel di Jesmond, Newcastle antara Rabu dan Khamis lalu.

Dilahirkan di London, Ranger kini tinggal di Forest Hall, Utara Tyneside.

Dia dibenarkan diikat jamin.

Seorang jurucakap polis berkata, "pada Khamis, 24 Januari lalu seorang wanita melaporkan kepada pihak polis bahawa dia telah dirogol semalaman di sebuah hotel di Jesmond dan seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Forest Hall atas dakwaan merogol."

Ranger telah menimbulkan kemarahan peminat dengan mengkritik mereka kerana mengejek selepas Newcastle tewas kepada Reading pada hujung minggu lalu.

Dia bertindak dengan memarahi mereka yang menunjukkan nota yang bertulis £20 (RM61 juta), namun jurucakap Newcastle enggan mengulas insiden itu.


EmoticonEmoticon