16 Februari, 2013

Dosa Valentine: 'Henjut' dalam kereta antara yg dicekup


KOTA BHARU-Sepasang kekasih yang sedang memadu asmara di dalam sebuah kereta berhampiran lapangan terbang di bandar ini, antara yang dikompaun dalam Ops Valentine Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini pagi kelmarin.

Pasangan terbabit ditangkap melakukan perlakuan tidak sopan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan, ketika memberhentikan kereta di kawasan berkenaan.

Operasi yang bermula sekitar jam 11 malam itu dan tamat kira-kira jam 5 pagi, diketuai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan JAEHIK, Osman Ibrahim bersama lebih 10 anggota penguat kuasa, diadakan bersempena sambutan Hari Kekasih bagi membenteras perlakuan maksiat dalam kalangan umat islam di negeri ini.

Osman berkata, operasi yang bermula di kawasan lapangan terbang di sekitar Pengkalan Chepa itu turut diteruskan di sekitar 17 hotel bajet di sekitar Kota Bharu.

“Setakat operasi semalam, pasangan yang ditangkap melakukan perlakuan tidak senonoh terbabit dikompaun mengikut kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

“Untuk kesalahan mereka itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1,000 mengikut Akta Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan,” katanya.

Osman berkata operasi seumpama itu diadakan dari masa ke semasa di lokasi yang dikenal pasti hasil risikan dan maklumat awam.

“Kita harap dengan operasi ini, dapat memberi kesedaran bahawa JAHEAIK amat serius dalam menangani isu sosial melibatkan perlakuan tidak bermoral umat Islam di negeri ini," katanya.

“Peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk generasi muda agar lebih terpimpin dan mempunyai akhlak yang baik serta tidak terjebak dalam kancah maksiat,” katanya.

Menurutnya, di samping itu kerjasama daripada golongan masyarakat dan pihak berkuasa dalam menangani gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan belia juga perlu dan usaha ini amat dititikberakan bagi membenteras gejala berkenaan sehingga ke akar umbi.

1 comments so far

Maksiat kian berleluasa tanpa mengira tempat...


EmoticonEmoticon