25 Februari, 2013

Fakri mungkin kembali ke Liga-M

KUALA LUMPUR - Pemain negara yang beraksi dalam liga Portugal, Ahmad Fakri Saarani mungkin kembali beraksi dalam liga tempatan jika kelab yang diwakilinya gagal naik ke divisyen dua.

Namun, pengurus peribadi pemain itu, Faisal Zakariah berkata, perkara itu akan terjawab sebulan lagi sebelum Fakri yang mewakili Atletico Sport Clube Reguengos membuat keputusan muktamad.

Dikhabarkan juga pemain kelahiran Kelantan itu turut mengintai peluang beralih angin ke liga negara jiran, Thailand jika mendapat tawaran.

Menurut Faisal, memandangkan divisyen tiga portugal hanya akan tamat pada penghujung Mac, Fakri berkata mahu fokus terlebih dahulu bersama Atletico S.C dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

"Fakri masih belum sebarang keputusan mengenai masa depannya bersama kelabnya kerana dia masih mempunyai masa sehingga penghujung Mac.

"Jika kelabnya gagal naik ke divisyen dua, tidak mungkin dia akan kekal. Ketika itu dia bersedia mendengar tawaran daripada mana-mana pasukan lain yang berada dalam divisyen yang lebih baik di Portugal.

"Ada sebuah kelab dari Indonesia berminat untuk mendapatkan khidmat Fakri tetapi dia menolaknya memandangkan situasi bola sepak di Indonesia masih tidak menentu.

"Memang benar dia ada menerima tiga tawaran dari pasukan Liga Super (Malaysia) namun keutamaan Fakri adalah mahu kekal di Portugal untuk menimba lebih banyak pengalaman di sana, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Berdasarkan penjelasan Faisal, hakikatnya sukar untuk Atletico S.C mengharungi saingan play-off untuk ke divisyen 2.

Tambahan pula kelab memerlukan jumlah tajaan tertentu untuk bermain dalam divisyen dua.

"Hanya pasukan tertentu sahaja mempunyai kemampuan untuk beraksi dalam divisyen dua kerana mereka sudah mempunyai tajaan sendiri.

"Sekali pun Atletico S.C melepasi pusingan play-off, mereka mungkin masih tidak dapat beraksi dalam divisyen dua kerana masalah kewangan," katanya.

Fakri yang menandatangani kontrak selama enam bulan bersama Atletico S.C sejak Januari lalu, membuat lima penampilan dengan beraksi selama 90 minit perlawanan.

Walaupun belum tidak menjaringkan sebarang gol, dia mempamerkan aksi cemerlang dengan bertindak menjadi perancang kepada beberapa jaringan Atletico S.C.


1 comments so far

KUALA LUMPUR: Perlawanan peringkat kumpulan minggu pertama berakhir dimana kita dapat menyaksikan pasukan - pasukan yang bertanding telah membuat persediaan rapi untuk Kejohanan Ragbi KRM Liga Super kali ini. Juara tahun lepas, pasukan Cobra tarik nafas lega apabila telah dapat menewaskan pasukan Bandaraya Dragons dengan mata kemenangan sebanyak 10 berbalas 8 dalam perlawanan Kumpulan A Kejohanan Ragbi KRM Liga Super 2013 yang diadakan di padang Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Kemenangan pasukan Cobra yang dibimbing oleh Mohd Romli Saad amat bermakna apabila gandingan mantap pemain pemain baru dan berpengalaman berjaya mengekang asakan pasukan lawan. Sementara itu, Pasukan Keris Conlay mengenepikan RMAF Blackhawks dengan kutipan mata sebanyak 33 berbalas 24 dalam saingan awal Kumpulan B ditempat yang sama.

Baca artikel selanjutnya...

Video@Sukandaily
Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Super - Sabah Eagles vs NS Wanderers

Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Club - Hong Kong vs SSTMI Express

Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Plate - Liga Super - Keris Conlay vs Bandaraya Dragons

Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Colts - SSTMI Panthers vs Smookies

Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Club - Navy ORCA vs Majlis Perbandaran Klang

HSBC Asian 5 Nations 2012 - Akhir: Malaysia vs Thailand

HSBC Asian 5 Nations 2012 - Separuh Akhir: Malaysia vs China

Kejohanan Ragbi Prince Cup 2012: NS Wanderers vs Kelab Diraja Selangor







www.sukandaily.com.my
Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Keputusan | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video


EmoticonEmoticon