07 Februari, 2013

Janji di tepati...alhamdulillah!

SANDAKAN 07 Febuari- Di saat PR diheret ke mahkamah kerana menipu dan menganiaya ibu tunggal dan rakyat dengan janji air liur, BN terus menerus menunaikan janji-janji mereka  dengan sumbangan BR1M dan bantuan awal persekolahan RM100.

Hari ini Datuk Musa Aman ketua menteri Sabah sudi meluangkan masa untuk turun menyampaikan sumbangan awal persekolahan kepada sebuah sekolah di Sandakan di mana 488 orang murid telah mendapat manfaat daripadanya, walaupun sebelum itu beliau sibuk memberi bantuan BR1M kepada 2000 orang yang layak di tempat lain.

Sejurus selepas majlis beliau dibawa melawat projek-projek pembangunan sekolah yang beliau telah luluskan seperti pembinaan pondok bas, parit, tandas sekolah, laman depan tandas dan menambak kawasan sekolah.

"Kami amat berterima kasih atas tandas dan penambakan ini kerana kawasan ini sering becak setiap kali hujan", maklum seorang warga sekolah.

Dengan begitu banyak projek pembangunan yang diluluskan demi keselesaan anak-anak kita, pihak yang membangkang sudah semestinya hanya memberi perhatian kepada satu projek yang tidak dapat diluluskan dan mungkin mengajak debat kerana pada mereka menabur air liur adalah lebih mulia daripada menjalankan amanah, manifesto bukan janji kata mereka.

Firman Allah SWT: “Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambahkan Allah penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah al-Baqarah, ayat 10)


EmoticonEmoticon