07 Februari, 2013

Kelayakan AFC 2015: Malaysia tumpas perlawanan pertama

Anak-anak buah Rajagobal nampak gayanya tidak dapat membendung kemaraan Qatar yang dilihat 90 peratus mengawal perlawanan pada malam ini.

Pertahanan sahaja dilihat agak liat walaupun tertewas dengan sepakan percuma yang terbias dari pemain Qatar pada separuh masa kedua. Namun begitu, seperti biasa, kesilapan pertahanan juga membawa padah apabila Qatar menyumbat gol mudah kedua di minit-minit terakhir.

Malaysia tewas kepada Qatar 0-2 dan akan bertemu Yemen di perlawanan kedua peringkat kumpulan pada bulan Mac di Stadium Shah Alam.

Perlawanan antara Yemen dan Bahrain di dalam kumpulan ini juga berkesudahan Bahrain menewaskan Yemen 2-0.

Berikut adalah kedudukan pasukan di dalam kumpulan D


EmoticonEmoticon