10 Februari, 2013

Majlis Syura tak pernah bincang pasal Anwar sbg PM

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan media mengatakan Majlis Syura menolak idea Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri sekiranya menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) sebagai dakwaan mengarut.

Menteri Besar Kelantan turut menyalahkan Umno yang dikatakan sengaja mencipta isu berkenaan sedangkan Majlis Syura yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan hal tersebut.

“Itu mengarut, tak ada apa, Umno suka buat fitnah, benda tak ada apa-apa lagi, dia tak tahu dosa pahala, bila manusia tolak agama ia tidak dapat mengawal mereka,” katanya di sini pagi ini.



EmoticonEmoticon