03 Februari, 2013

Nazmi Faiz ibarat 'tikam dari belakang' peluang rakan-rakan lain

Brisbane, Australia: Ibarat tikam dari belakang. Itulah perumpamaan tepat yang membayangi kepulangan Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia selepas berkelana di Portugal selama tujuh bulan.

Pemain SC Beira Mar itu yang pada awalnya mengikat kontrak tiga tahun bersama SC Beira Mar, kembali beraksi dalam kancah bola sepak tempatan apabila tidak sampai setahun berada di kelab divisyen satu itu dan mengikat kontrak bersama pasukan berstatus kelab, PKNS FC.

Malah tindakan ‘pelik’ terbabit langsung tidak ketahui pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bersusah payah membuka ruang untuknya mengembangkan bakatnya di Eropah.

Justeru, apa berlaku kepada Nazmi itu memberikan pengajaran cukup berguna yang jelas amat pahit untuk ditelan, namun ia bukan bermakna perancangan untuk menghantar pemain Harimau Muda yang lain beraksi di luar negara, terbantut.

“Cuma kita perlu berhati-hati apabila mengadakan perbincangan dengan ejen yang lebih jujur. Saya berharap perkara sama tidak menimpa Ahmad Fakri Saarani dan dia dapat meneruskan kariernya di tahap lebih tinggi,” katanya.

Pemergian Nazmi Faiz ke Portugal diuruskan Marco Guimaraes yang turut bertindak sebagai ejen Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC dengan kontrak enam bulan.

Kepulangan perancang tengah itu dilihat ‘membunuh bola sepak negara’ kerana Nazmi dianggap sebagai seorang pemain berbakat dan dilihat mampu membawa perubahan dan peningkatan kepada skuad negara, terutamanya menjelang misi mempertahankan emas Sukan Sea penghujung tahun ini.

Perancangan saya untuk Sukan Sea tidak berubah dengan dia perlu membuktikan kemampuannya untuk tersenarai,” katanya yang mempunyai bilangan pemain muda yang tidak terhad untuk mengemudi bahagian tengah.

Tindakan Nazmi Faiz itu dikatakan menyebabkan peluang Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria ke Jepun untuk bersama kelab FC Ryukyu turut terkena tempias.


EmoticonEmoticon