10 Mac, 2013

Hoki: Malaysia benam Korea 3-2

IPOH - Dua gol daripada penyerang berpengalaman Chua Boon Huat membolehkan Malaysia mencatat kemenangan pertama menundukkan Korea Selatan 3-2 pada Kejohanan Hoki Piala Azlan Shah edisi Ke-22 di sini, semalam.

Jaringan Boon Huat hadir pada minit ke-67 dan minit ke-70 manakala satu lagi jaringan diperoleh menerusi Faizal Saari minit ke-21.

Pada aksi semalam, Malaysia mempamerkan persembahan penuh bertenaga sepanjang 70 minit perlawanan di hadapan lebih 3,000 penyokong tempatan.

Malah, pemain lain seperti Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil turut hampir menjaringkan gol ketika berlaku perebutan di depan pintu gol Korea Selatan pada minit ke-43.

Korea hanya berupaya memperoleh jaringan pada minit ke-57 hasil jaringan Nam Hyun Woo dan Yoon Sung Hoon minit ke-69.

Sementara itu, keputusan lain menyaksikan Pakistan melakukan kejutan menumpaskan juara bertahan, New Zealand 4-3 dalam saingan penuh debaran manakala Australia terpaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan India 4-3.

Hari Ini Malaysia di jadual menentang New Zealand pada pukul 8.05 malam.


EmoticonEmoticon