30 Mac, 2013

Pendedahan! PR akan jelajah dan tipu pengundi dengan calitan awal dakwat kekal

Dari awal lagi, apabila Pakatan Rakyat beria-ia mahukan dakwat kekal digunakan sebagai bukti pengundi telah mengundi dan enggan menggunakan sistem biometrik kerana berpendapat sistem biometrik lebih terdedah kepada penipuan, sudah ramai yang dapat melihat helah sebenar Pakatan Rakyat yang bertujuan untuk melakukan penipuan bagi memastikan mereka menang dalam PRU13 nanti.

Kami telah mendapat maklumat, PKR khususnya telah menggerakkan NGO-NGO yang condong kepada mereka untuk mulai mendekati dan melakukan tipu perdaya terutama terhadap suri rumah dan golongan wanita.

Dalam tempoh seminggu dari hari mengundi, dengan menggunakan NGO-NGO pro-Pakatan Rakyat, mereka akan mula menjelajah taman-taman perumahan dan kampung-kampung, KONONNYA untuk mengajar kaum ibu cara baru mencalit dakwat di jari.

Perlu diingat, dakwat tersebut akan cuma hilang dalam masa beberapa hari!

Apabila tiba hari mengundi, golongan ini akan dihalang daripada membuang undi kerana sudah terdapat kesan dakwat di jari.

Kekecohan akan tercetus dan sekali lagi SPR akan dipersalahkan. Apabila keputusan pengundian diumumkan dan Pakatan Rakyat gagal mendapat kemenangan, jembalang-jembalang Pakatan akan menghasut orang ramai agar merusuh sekaligus menimbulkan kekacauan dan pertempuran dengan pihak berkuasa.

Itulah sebenarnya yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat sedar, untuk menang secara adil ADALAH MUSTAHIL sama sekali, apatah lagi dengan senario semasa dan Pakatan Rakyat sendiri yang merupakan sebuah pakatan longgar yang kewujudannya hanya untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional, tanpa sebarang langkah-langkah yang lebih konkrit untuk kebajikan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.

Perhatikanlah sahajalah apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Dari tahun 2008 sehinggalah 2013, mereka hanya mencipta persepsi, mencipta retorik dan menipu dengan pelbagai slogan dan kempen. Sedangkan hakikatnya, apabila diberikan kuasa, HARAM TAK SATU BENDA pun dibuat untuk rakyat sepertimana yang berlaku di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor!

TFK


EmoticonEmoticon