15 Mac, 2013

Solat hajat DS Rosmah punca P. Bala temui ajalnya?

PENYIASAT persendirian P Balasubramaniam dikhabarkan sebentar tadi telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Laman ini difahamkan, turut bersama-sama dengan beliau semasa kejadian ialah Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan Chegubard.

Beberapa hari sebelum ini, Bala telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya kerana masalah jantung tetapi telah keluar tidak berapa lama selepas itu setelah doktor yakin dengan keadaan kesihatannya.

Laman ini yakin, walaupun sakit jantung dipercayai sebagai punca kematian Bala, tapi ia tetap menimbukan persoalan dikalangan rakyat Malaysia berikutan status Bala sebagai orang yang paling aktif terlibat dalam pembongkaran misteri pembunuhan model Mongolia, Altantunya Sharibuu pada 2006 yang turut membabitkan nama-nama besar dalam politik negara kita.

Apatah lagi sebelum ini, Chegubard pernah mendakwa Bala disihir pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan kepulangannya dari India setelah beberapa tahun menghilangkan diri. Kenyataan itu dibuat beliau ketika Bala dimasukkan ke hospital buat kali pertama pada 10 Mac yang lepas. Bala bagaimanapun menafikan beliau dimasukkan ke hospital kerana disihir, sebaliknya kerana masalah jantung.

Bagaimanapun, dengan kematian mengejut Bala hari ini, laman ini merasakan teori bahawa Bala disantau atau disihir itu perlu diperhalusi semula. Rakyat jangan lupa, ahli perniagaan Deepak Jaikirshan sebelum ini pernah menulis di dalam buku ‘Black Rose’ bahawa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur memang terlibat dengan perkara-perkara melibatkan sihir dan ilmu hitam sebelum ini.

Sambung baca di Suarapakatanrakyat.com


EmoticonEmoticon