29 Mac, 2013

(Video) Pengacara Daphne Iking, menari sampai nak terlondeh baju!

Reda sudah fenomena tarian Gangnam Style. Di ketika ini ramai pula yang 'dirasuk' fenomena Harlem Shake. Dek kerana penangan kuat tarian itu, tidak hairan lah ramai yang berusaha mengahsilkan video parodi tarian itu termasuk juga personaliti TV terkenal, Daphne Iking serta keluarganya juga turut 'terjangkit'.

Sejak 18 Februari lalu, video yang memaparkan Daphne, suami, dua anak perempuannya menari ala Harlem Shake dimuat turun di YouTube dan kini mencecah lebih 100,000 tontonan

"Sebenarnya idea tu datang daripada suami saya. Suami saya ni, dia suka rakam video. Sewaktu itu kami semua di rumah. Dia nak uji peralatan kamera yang baru dibelinya. Lepas tu dia suruh saya dan anak-anak termasuklah pembantu rumah, dia suruh kami melakukan aksi yang paling 'giler-giler'. Jadi itulah hasilnya. Walaupun saya tahu ianya agak pelik...", kata Daphne Iking kepada Malaysian Digest.com.
Namun, video berdurasi 30 saat itu telah menimbulkan kontroversi apabila ada sesetengah pihak mengutuk dan menemplak Daphne dan keluarganya. Pihak tersebut merasa terutamanya aksi Daphne itu agak keterlaluan yang kurang manis.

"Selepas video itu dimuat naik di laman Youtube, kami mendapat banyak komen positif dan ada juga kritikan pedas dari penonton. Ada juga antara komen-komen tersebut yang menggunakan slanga yang saya kurang faham.

"Niat saya tiada lain selain hendak berseronok bersama keluarga. Tetapi sayangnya, niat saya di salah erti.
Tapi saya tak kisah dengan kritikan itu semua kerana kami sekeluarga melakukan tarian itu kerana mahu berseronok", katanya.

Malah menurut Daphne, dia tidak menyangka yang penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza serta suaminya Dato' K, turut memuji aksinya itu.

"Baru-baru ini saya saya ada menemubual Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya Dato K. Saya terkejut kerana dalam keadaan masih sakit, Datuk K berkata kepada saya, "Daphne, your Harlem Shake is good!", cerita Daphne sambil tertawa.


EmoticonEmoticon