01 April, 2013

Empunya zakar respon video melancap, 'Itu cerita lama....'

SUNGAI PETANI 1 April - "Itu cerita lama..." Itulah kenyataan ringkas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Merbok, Saharudin Hamid yang dikaitkan klip video lucah baru-baru ini.

Walaupun tidak mengesahkan bahawa dialah invididu dalam klip tersebut tetapi Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) itu mengaku bersedia menerima keputusan pucuk pimpinan parti mahupun pihak MPSP berhubung kedudukannya.

Katanya, setakat ini, beliau masih belum dipanggil oleh pucuk pimpinan PKR sama ada di peringkat negeri atau pusat untuk berbincang mengenai perkara terbabit.

"Belum ada apa-apa. Malah, saya belum terima sebarang surat daripada parti dan pihak majlis (perbandaran)," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Khamis lalu, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah mendedahkan satu klip video rakaman gambar aksi perlakuan lucah yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang peringkat negeri.

Sedutan gambar itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju dan kemudian membuka seluar sambil menunjukkan kemaluannya.

Klip video yang panjang 1 minit 36 saat tersebut dimuat naik ke dalam blog 1cilipadi.blogspot.com


EmoticonEmoticon