21 April, 2013

Pemilihan CEC tidak telus sebenarnya sudah dirancang awal oleh DAP?

Saya mengikuti dengan penuh minat kes DAP, CEC dan ROS. Apa yang saya nampak sebenarnya ia adalah sebuah perancangan halus DAP.

DAP sengaja mengkantoikan CEC untuk provoke ROS mangharamkan mereka supaya calon-calon DAP dapat bertanding menggunakan tiket PAS dan PKR dalam usaha memancing simpati pengundi amnya dan undi Muslim khususnya.

Ini untuk memenuhi matlamat ulung mereka iaitu menjadi dominasi seterusnya perdana menteri Malaysia. Dakwaan tidak berasas kononya DAP tidak akan dapat jadi Perdana Menteri di negara majoriti bumiputra adalah lemah.

Lihat contoh Perak, negeri majoriti Melayu, pada 2008 DAP berjaya menguasai DUN Perak dan jika tidak kerana kuasa sultan mereka sudah pun menjadi MB, bermakna kemungkinan untuk mereka menjadi PM adalah tidak mustahil sama sekali.

Segalanya mungkin kerana mereka mempunyai kerusi di Sabah dan Sarawak disamping di semenanjung berbanding PAS. PAS hanya bergantung kepada kerusi di semenanjung kerana mereka lansung tidak dipandang di Sabah mahupun Sarawak, buktinya pada pilihanraya DUN Sarawak DAP menang besar manakala PAS menang sorak, tambahan lagi minggu lepas keluar di dalam surat khabar venikular di Sabah iklan-iklan khusus anti PAS.

Justeru, dakwaan PAS ganti UMNO sebagai parti dominon meleset sama sekali, bermakna jika UMNO jatuh kuasa Melayu dan Islam turut jatuh bersama-sama.

Awas! Lihatlah secara keseluruhan untuk menilai dan jangan tertipu dengan isu-isu kecil yang hanya akan membutakan kita daripada kerugian yang lebih besar.

Strategi DAP dalam politik adalah yang paling licik! TUMBANGKAN DAP! Undilah BN..




EmoticonEmoticon