23 April, 2013

Piala AFC: Kelantan diaibkan 1-6 oleh Maziya S&RC

KELANTAN yang terus mempamerkan aksi hambar diaibkan oleh Maziya Sports & Recreation (SR) 1-6 dalam perlawanan kelima kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Male, hari ini.

Kekalahan itu nyata mencipta kejutan apabila Kelantan turun selaku pasukan pilihan gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk mengutip tiga mata bagi mengukuhkan kedudukan teratas Kumpulan G.

Bagaimanapun keputusan itu tidak mengugat kedudukan Kelantan yang sudah melayakkan ke pusingan kedua apabila kini mengumpul 10 mata selepas lima perlawanan.

Gol Maziya dijaringkan oleh Rashid pada minit ke-40, Assadhulla Abdulla (56), Easa pada (76), Adham (82, 85) dan Imran (87).

Gol tunggal Kelantan pula dijaringkan oleh Haris Safwan pada minit ketujuh.

Selepas ini, Kelantan akan bertemu Ayeyawady United dalam perlawanan terakhir di Stadium Sultan Muhammad IV.


EmoticonEmoticon