04 April, 2013

PRU13 (Johor): Sultan perkenan bubar DUN hari ini

JOHOR BAHRU 5 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Pembubaran DUN itu berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil berkata, beliau bersama Speaker DUN, Datuk Mohd. Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman telah menyerahkan watikah perkenan pembubaran kepada Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

"Semalam saya bersama Speaker telah menghadap Tuanku untuk menyerahkan watikah perkenan pembubaran tersebut, namun ketika itu baginda sedang bersiap untuk berangkat ke Istana Mersing.

"Pagi ini saya dan Speaker telah bertolak ke Istana Mersing dan tiba kira-kira pukul 7.30 pagi untuk mengambil watikah tersebut yang telah mendapat perkenan dan ditandatangani oleh baginda yang berkenan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini


EmoticonEmoticon