03 April, 2013

PRU13 (Pahang): Dun bubar malam semalam

KUANTAN 3 April - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah lewat petang ini di Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek di sini bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Update!

KUANTAN 4 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan semalam selepas mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah malam tadi.

Sultan Ahmad Shah menandatangani watikah perkenan pembubaran pada pukul 10.55 malam sebelum menyerahkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek di sini.

Terdahulu, Adnan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir bagi penggal ke-12 di Kompleks Yayasan Pahang di sini berkata, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan agenda membela rakyat.

"Selama ini terdapat pelbagai perubahan yang dilakukan kerajaan pimpinan BN terutama dalam aspek pendidikan, kebajikan dan pelaburan.

"Semuanya berjalan dengan baik dan saya yakin sekiranya BN diberi peluang, lebih banyak kemajuan akan dilakukan demi kesejahteraan rakyat," jelasnya. -


EmoticonEmoticon