04 April, 2013

PRU13 (Selangor): DUN secara rasmi dibubar hari ini

KLANG 4 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan secara rasmi hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani watikah pembubaran tersebut pada pukul 2.30 petang ini dalam satu upacara ringkas di Istana Alam Shah di sini.

Watikah tersebut ditandatangani di hadapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli-Ahli Dewan Diraja yang hadir.

Yang turut hadir, Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, pihaknya menghantar terus watikah tersebut kepada Speaker DUN Selangor bagi membolehkan pembubaran DUN dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini


EmoticonEmoticon