30 April, 2013

Ribuan yang hadir ke ceramah PR menjanjikan kemenangan?

Sesiapa yang sering mengikuti ceramah politik pembangkang akan mula perasan, saya rasa tuan-tuan pun sudah mula perasan nada puak-puak pembangkang ini. Dulu bukan main, berapa-api, government in waiting la katakan. 

Tapi selepas penamaan calon apa jadi? Mereka seperti hilang semangat, kenapa agaknya.

Saya baru-baru ini berpeluang minum teh dengan kawan-kawan dari PKR dan PAS, memang menarik duduk semeja dengan pakatan yang tidak berpakat ini.

"Kenapa agaknya berlaku pertembungan calon di merata-rata tempat ni, kalau ahli sendiri jadi bebas tu biasa jadi, bukan sahaja BN malahan DAP dan PKR berakhir dengan dipecat selalunya, tapi bagaimanapula pertembungan antara parti komponen?" Saja nak memancing.

Menurut pakar dari kem jin mata satu yang berada di situ, pertama macam tuan presiden kami cakap, kami tidak boleh bekerja dengan orang yang rosak akhlaknya, komunis dan jual pil kuda. Kedua (cerita ini best), bila tunggu-tunggu calon dari PKR tak sampai-sampai maka PAS terpaksa ambil alih takut-takut BN menang tanpa bertanding, tup tup datang pula calon PKR tu yang jadi pertembungan dua calon tu.

ooOOO kata orang jin pakai toncet pula dengan nada perli, inilah alasan paling bijak pernah aku dengar, takkanlah mereka tidak berkomunikasi sesama sendiri, zaman apa ni tak ada telefon ke?

Berbalik ke bumi yang nyata, undi Cina, sebelum hari penamaan calon mereka begitu yakin akan dapat undi Cina, kini dengar cerita dari Kedah undi Cina hampir 100% beralih kepada BN, confirm pembangkang melopong.
Ceramah malam tadi di Pasar Malam Ampang Jajar

Walaupun beribu dapat dikumpulkan dalam ceramah-ceramah mereka selepas penamaan calon namun semua tahu itu hanya wayang, kebanyakan orang-orang yang datang adalah orang-orang yang sama penyokong tegar parti yang dibawa dari luar untuk bagi nampak ramai ceramah-ceramah mereka, selalunya penyokong PAS lah yang dikerahkan kerana mereka tak ada kerja dan makan duit wellfare (kerajaan). 

Pembangkang dan kerajaan pun tahu, majoriti sebenar bukan diceramah-ceramah atau dijalan-jalan itu, itu penyokong tegar, majoriti sebenar ialah the silent majority yang hanya menyatakan hasrat dikertas undi setiap kali PRU, sejarah telah membuktikan bagaimana silent majority menentukan undi. 

Contohnya tahun 1999 di mana pembangkang begitu yakin mereka akan menang, kerana boleh dikatakan setiap minggu himpunan reformasi berlaku mengumpulkan puluhan ribu orang, tapi selepas PRU mereka hanya mampu menang Terengganu, DAP kalah teruk kerana undi Cina waktu itu beralih arah dan PAS menang besar dan menjadi ketua pembangkang buat pertama kalinya. 

Kemudian tahun 2004 juga memperlihatkan bagaimana silent majority memberi kemenangan besar kepada Pak Lah kerana bukan sahaja majoriti BN meningkat, Terengganu dirampas kembali tapi Kelantan diperintah oleh PAS selama 15 tahun hampir ditawan dengan perbezaan satu kerusi sahaja manakal DAP terpaksa kembali ke drawing board kenapa ditolak pengundi Cina.

Jadi tak hairanlah belum pun buang undi tapi baru penamaan calon sudah menampakkan yang Pakatan sebenarnya makin jauh dari matlamat kemenangan mereka sebaliknya sudah nampak bunga-bunga kekalahan dari situ, jadi rakyat usahlah bimbang sampai menyuruh bersiap sedia dengan silat dan parang kerana PRU berlaku dalam bulan Mei, kerana the silent majority tidak akan membenarkan Pakatan sarkas memusnahkan Malaysia.

Junah


EmoticonEmoticon