24 Mei, 2013

Beliau tak bogel pun, cuma nasibnya tidak baik...

Pelakon Anzalna Nasir berkata Sharifah Sakinah tidak berbogel dalam video Keek yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini namun mengakui Sakinah ada menyebut perkataan yang kurang enak didengar.

Lantas perkara itu menyebabkan Sakinah diselar kebanyakan peminat hiburan tanah air yang menyatakan perbuatannya itu adalah sebagai keterlaluan.

Mengulas mengenai perkara itu, Anzalna berkata, “ya, memang dia guna akaun Keek saya. Kami tukar-tukar Keek. Sebenarnya ketika itu kami di set penggambaran drama ‘Orang Gaji IQ’. Masa tu tengah waktu berehat. Saya, Sakinah, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, kami semua memang berperangai gila-gila. Asal ada saja perkara yang kelakar waktu itu, kami akan Keek. Kami merapu-rapu je sebab kepala masing-masing gila-gila. Kami hanya berseronok.

“Malangnya nasib Sakinah tak baik (gelak). Tak sangka ramai yang melahirkan tanggapan negatif terhadap video itu. Apa yang boleh saya katakan, Sakinah tak bogel. Dia tak buat perkara-perkara yang lucah. Ketika tu kami beramai-ramai dalam satu bilik. Hanya orang sekeliling kami saja yang tahu apa yang jadi. Memang Sakinah ada sebut perkataan-perkataan yang tidak elok di dengar, mungkin itu yang membuatkan masyarakat tak dapat terima benda sebegitu”, jelasnya yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Anzalna turut menyatakan insiden ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepadanya dan akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang video Keek selepas ini.

mynewshub


EmoticonEmoticon