31 Mei, 2013

(Gambar) Foto Nurul Izzah ditahan Imigresen sambil makan KFC

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ditahan dan dihalang dari memasuki Sabah oleh pihak Imigresen negeri tersebut.

Menerusi akaun twitternya, Nurul Izzah memaklumkan diarahkan pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Ketika dihubungi, Nurul Izzah memaklumkan beliau cuba mendapatkan penjelasan tetapi pihak Imigresen memaklumkan ia adalah rahsia.

 "Saya cuba bertanya siapa lagi yang dihalang memasuki Sabah tetapi mereka (Imigresen) memaklumkan perkara tersebut adalah rahsia dan ini arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

"Kejadian ini merupakan pertama kali dalam sejarah hidup saya," katanya yang dijangka akan dihantar pulang dengan penerbangan malam ini.

Beliau memaklumkan ke Sabah untuk menghadiri Pesta Keamatan yang akan dirayakan tidak lama lagi.

Difahamkan ini merupakan lawatan pertama ahli parlimen Lembah Pantai itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

1 comments so far


EmoticonEmoticon