30 Mei, 2013

Henti tohmah istana di laman sosial

KLANG: Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengingatkan pengamal media sosial termasuk blog tidak mengheret pihak istana terutama Sultan Selangor, dalam apa juga perkara tanpa siasatan terlebih dulu, bagi mengelakkan tanggapan salah rakyat terhadap baginda.

Beliau menafikan dakwaan yang mengatakan kelewatan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor adalah disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohamad Munir berkata, kelewatan berlaku kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya menghadap Sultan Selangor pada Isnin lalu bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon ahli Exco.

"Oleh itu, tidaklah benar tohmahan yang menyatakan kelewatan pelantikan Ahli Exco Selangor disebabkan untuk memenuhi kehendak Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA


EmoticonEmoticon