27 Mei, 2013

P. Pinang kembali warnai Liga Perdana musim hadapan

Georgetown: Pulau Pinang berjaya melangkah ke Liga Perdana musim depan apabila berjaya menumpaskan YBU FC 1-0 hasil sepakan deras Norizam Salaman pada minit ke-31 dalam pertemuan di Stadium Bandaraya, di sini, semalam.

Dengan jumlah 45 mata, pasukan Harimau Kumbang itu belum dicabar mana-mana pasukan dalam Liga FAM yang lain dengan menduduki tempat teratas.

Ketua jurulatih, Merzagua Abderrazzak nyata gembira dengan keputusan perlawanan itu kerana berjaya memenuhi sasaran utama pasukan layak bersaing di Liga Perdana, musim depan.

“Walaupun bermain dalam tekanan pemain tetap menunjukkan prestasi terbaik dan saya gembira dengan kesungguhan yang dipamerkan.

“Saya akan pastikan semangat dan kerja keras semua pemain ini akan dapat dikekalkan dalam saingan Liga Perdana musim depan,” katanya.


EmoticonEmoticon