03 Mei, 2013

Pengundi Cina ini akui PAS akan jadi punca kekalahan Pakatan dalam PRU13

Menurut sumber yang boleh dipercayai, BN akan menang besar PRU13 nanti di mana undi Melayu dan bukan Melayu, bukan Melayu terutama Cina sudah beralih arah selepas penamaan calon untuk memberi kemenangan kepada BN dan cuba mengekalkan hanya Penang kepada DAP.

Saya bersembang dengan beberapa orang Cina yang dulunya merasa begitu yakin Pakatan akan menang dan perubahan akan berlaku, namun kini nada mereka benar-benar berubah.

"Ini semua kerana kemelampauan PAS."

PAS diarahkan oleh DAP melalui PKR untuk memberi kerusi lebih di Kedah namun PAS berani-berani anjing menolak dan DAP protes dalam diam tidak mahu bising-bising demi menumbangkan kerajaan Melayu Islam pada PRU13.

Tapi mengecewakan, apabila PAS pada hari penamaan calon dengan bongkak bertanding melawan parti komponen sendiri dari PKR dan PSM di bukan satu tapi dibeberapa tempat. (Ini bukan cerita ahli memberontak jadi bebas kerana dalam BN, PKR dan DAP pun berlaku TETAPI parti komponen berlawan sesama sendiri)

Alasan yang diberikan PAS, untuk menyelamatkan pakatan juga menunjukkan kebongkakkan PAS dan memang tidak boleh diterima pengundi bukan PAS, seolah-olah PAS begitu suci berbanding parti-parti lain dalam Pakatan.

Kebimbangan pengundi Cina melihat kerakusan PAS menjadi dominasi juga mendorong mereka swing vote kepada BN terutama di Kedah dan di seluruh negara di mana pengaruh PAS agak kuat.

Pun juga, kemelampauan PAS sedikit sebanyak mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai ketua umum Pakatan pembangkang dan bakal PM pilihan DAP, ini bakal memberi gambaran kepada pengundi yang Anwar tiada tokoh memimpin kerana tidak mampu mengawal sebuah pakatan yang hanya ada 4 parti berbanding kemampuan Najib menerajui 26 parti dalam BN 6 kali ganda lebih dari Pakatan.

Akhir sekali menurut beliau, PAS tidak boleh dipercayai, semuanya kerana sudah beberapa kali PAS flip flop dan tidak serius terhadap dasar bersama Pakatan, contohnya dalam isu hudud, nama Allah dan paling mengecewakan siapa bakal PM. Pada mulanya ketiga-tiga parti sudah bersetuju tetapi disaat-saat akhir PAS tidak mahu anwar sebagai PM jadi apa bakal berlaku nanti?

Dari itu saya juga yakin bahawa BN akan kekal memerintah berdasarkan pengamatan saya sendiri terhadap trend pengundi terutama selepas penamaan calon,

TQ PAS.


EmoticonEmoticon