13 Mei, 2013

Sudah-sudahlah dengan ambil hati Cina

Pepatah mengatakan, pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak, kita pun tak hingin.

Selepas PRU13 DS Najib tidak harus mengulangi kesilapan membuang masa menfokus kepada menarik undi Cina kerana sudah jelas Cina menolak BN dan paling penting yang memenangkan BN PRU lepas ialah undi Melayu dan bumiputra Sabah Sarawak apabila UMNO berjaya memenangi 9 kerusi tambahan manakala MCA dan Gerakan hilang 8 kerusi lagi berbanding PRU12 lepas.

Masih terngiang-ngiang di telinga saya sewaktu melepak di kedai mamak, beberapa orang Guru berkata, "kalau bukan kerana Najib tak merasa beli rumah kita".

Saya pasti setiap menteri pendidikan berjasa, tapi tidak seperti jasa DS Najib, sedarlah, anwar hanya membawa bahasa baku, tetapi DS Najib lah yang menaik taraf guru dengan pengijazahan dan kenaikkan gaji, manakala Pak Lah dengan JQAF. Begitu juga setelah DS Najib menjadi menteri pertahanan di mana elaun dan imbuhan pasukan keselamatan dinaikkan.

Selepas ini DS Najib harus meneruskan reputasinya itu dengan melipat ganda budget MARA, menambah lebih banyak UiTM, MRSM, di setiap negeri-negeri yang di menangi BN TERUTAMA di Sabah dan Sarawak, menyerap kakitangan kontrak ke jawatan tetap kerajaan dan menambah lagi jawatan dalam kerajaan untuk kaum bumiputra yang TETAP setia di belakang BN.

Di samping itu jangan dilupai kaum India yang sudah kembali kepada BN, pada 2008 tsunami kaum India kepada PR berakhir dengan mereka ditipu hidup-hidup oleh Guan Eng dan anwar Ibrahim, pastikan bila mereka swing balik kepada BN kali ini, mereka tidak menerima nasib yang sama.

Tun Dr Mahathir pernah berkata dia tidak perlukan undi bukan Melayu, dan dia telah berjaya memerintah selama 22 tahun! Jangan lupa itu, fokus lah kepada undi Melayu dan bumiputra Sabah Sarawak maka BN pastinya akan kekal berkuasa selagi Allah izinkan.

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubahnya.

Junah