30 Mei, 2013

Team Azmin sengaja 'dilenyapkan' dari barisan Exco Selangor

Tiada apa-apa yang perlu dihairankan apabila Azmin Ali dan kawan-kawannya hilang daripada sesnarai barisan Exco Negeri Selangor yang baru. Namun kalau itulah yang dikatakan sebagai kelemahan Khalid Ibrahim, rasa-rasanya sasaran berkenaan TERSASAR!

Walaupun Khalid Ibrahim kelihatan sangat lembik dan sangat FRAGILE, namun kejayaannya memimpin Pakatan Rakyat Selangor untuk menang besar di negeri terkaya dalam Malaysia itu, amat menakjubkan. Selepas Lim Guan Eng, Khalid Ibrahimlah yang paling berjaya.

Azmin Ali dan rakan-rakannya sekadar penumpang dalam kejayaan Pakatan Rakyat Selangor. Kalau nak diharapkan kepada Azmin Ali, kacau-bilaulah Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku di Semenyih dan Kota Damansara. Apatah lagi, cubaan untuk menjadikan PAS sebagai kambing hitam atas kekalahan di dua DUN tersebut, dilihat tidak lebih daripada sekadar melepaskan sakit hati.

Biarpun Azmin Ali lebih kanan daripada Khalid Ibrahim dalam hierarki kepimpinan PKR negeri Selangor dan Pusat, Khalid Ibrahimlah sebenarnya yang sebenarnya menjadi faktor sebenar kemenangan PKR di Selangor. Berbanding PAS dan DAP, PKR masih kekal untuk kuota jawatan Menteri Besar adalah kerana Khalid Ibrahim.

Azmin Ali cuba bersekongkol dengan Zuraidah Kamaruddin, dalam usaha memberikan tekanan agar dia dilantik sebagai Menteri Besar, tetapi nampaknya kelebihan berpihak kepada Khalid Ibrahim. Boleh jadi kerana DYMM Sultan Selangor melihat Khalid Ibrahim lebih kurang penyamunannya berbanding Azmin Ali biarpun Azmin Ali cuba berkokok tentang ketelusan serta kegagalan Khalid Ibrahim menunaikan janji-janji kepada rakyat Selangor.

Justeru, mempersoalkan mengapa Azmin Ali dan kawan-kawan sekongkolnya tidak berada dalam senarai barisan Exco negeri Selangor, merupakan perkara yang paling melawakkan. Apatah lagi dengan formula 6 Exco Melayu dan 3 Exco Bukan Melayu dengan pembahagiannyanya 4 Melayu PAS, 2 Melayu PKR, 1 Bukan Melayu PKR dan 2 DAP, tidak banyak sebenarnya ruang untuk Azmin Ali dan kawan-kawannya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan negeri.

Sambung baca di TFK


EmoticonEmoticon