23 Mei, 2013

Tolak dan tampar sebelum perkosa mangsa

Gambar hiasan
KOTA BHARU – Perbuatan jahat seorang pemuda merogol gadis yang dikenali melalui laman sosial dua tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Mohamad Najibullah Razali, 20, yang turut bertindak ganas apabila menampar dan menolak mangsa ke tanah sebelum melakukan perbuatan keji itu dijatuhi hukuman itu selepas Hakim Mohd. Yusuff Yunus berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh.

Hakim Mohd. Yusuff menetapkan hukuman itu berkuat kuasa semalam.

Lelaki dari Semerak, Pasir Puteh itu didakwa merogol mangsa di dalam semak di Cherang Ruku pada 2 Disember 2011, antara pukul 10 malam hingga 1 pagi mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mohamad Najibullah kini ditahan di Sekolah Henry Gurney, Melaka selepas didapati bersalah atas kesalahan mencuri motosikal dan melupus barang curi sebelum ini.

Kosmo!


EmoticonEmoticon