23 Jun, 2013

Fatwa sesat Husam dipertahan DS Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar penahanan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam dibawah Akta Hasutan.

Malah, Anwar berpendapat penahanan Husam itu berpunca dari sikap pilih bulu dan keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan yang berpihak kepada BN seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.

"Semalam YB Husam telah ditangkap untuk didakwa untuk hasutan.

"Bedanya ialah ucapan perkauman dan hasutan yang dilemparkan sepanjang berbulan-bulan atau bertahun oleh pimpinan Umno dan PERKASA sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, budaya keangkuhan itu, malah pertuduhan pilih bulu itu diteruskan," katanya ketika berucap pada majlis Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.

Jelas Anwar, penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu juga turut memperkukuhkan lagi hujah bahawa penyokong Umno kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

"Ia hanya memperkukuh hujah bahawa penyokong Umno itu mampu buat apa sahaja dan terlepas dari pendakwaan," dakwa ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Husam semalam ditahan polis berhubung kenyataannya bahawa peserta perhimpunan 'Black 505' yang meninggal dunia semasa menghadiri bantahan hari ini dianggap sebagai mati syahid.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.


EmoticonEmoticon